Thursday, October 29, 2009

Akhirnya ku temui cinta sebenar..

Tika aku melangkah ke jalan dewasa, aku kenal erti cinta yang bukan cinta biasa..Cuba menjadi seorang insan yang pegang pada cinta yang setia..Teguh pada cinta yang mekar berputik..menjaga hati agar tiada hati yang terguris pilu..Bahagia yang tiba menjadikan aku insan yang begitu bertuah tika itu walau kekadang ada sendu dan luka yang berbekam di jiwa..Demi kasih dan sayang, ku tolak tepi rasa sakit yang ada..Berbaloikah pengorbanan itu? Yang ku pasti hanya itu yang mampu ku lakukan demi cinta yang ada..Kesetiaan? Sudah pasti itu mampu ku beri..Tapi kesetian itu juga menjadi satu alasan untuk aku terus disakiti..Bodohkah aku dalam mempertahankan cinta ini? Sudah acapkali diri ini disakiti dan dikhianati..dan acapkali juga aku mempertahankan hubungan ini..Biarlah kesetian ini menjadi tunggak dalam hubungan yang hampir roboh ini..Hati yang hampir parah ini masih teguh setia walau kecurangan di depan mata..malah hati yang polos ini sanggup berkongsi kasih dan bahagia dengan insan lain..Bodohkah aku tika itu? Apa yang ku tahu, aku tidak mahu kehilangannya dan dengan merelakan kehadiran insan lain, itu sahaja aku dapat terus memilikinya..Walau kerelaan itu parahkan lagi luka yang telah parah berdarah...Masih setia menanti dan menunggu walau derita yang tiba berbekas di hati..Menolak semua cinta yang cuba merisik, yang cuba bertapak...Aku masih setia pada cinta pertama itu..Kesetiaan itu terus ada walau aku sediit demi sedikit ditinggalakan..Masih menaruh harapan yang tinggi..masih menanam rindu yang bersisa...Aku sunyi..aku sendiri..

Hadirnya seorang insan yang tidak diduga, membuka mata dan hati bahawa ada lagi cinta dan rindu..Tapi aku cuba menolak rindu yang mula berputik yang ku anggap aku perlu setia walau setia ku itu telah dikhianati..Teus melarikan diri..menghilangkan diri..agar aku tidak dijejaki lagi..tapi mungkin kesetiaan dirinya, yang terus mencari dan menanti, membuka hati yang sudah tertutup untuk rindu lain..Rindu itu terus berputik..sayang mula mekar mewangi..Apakah aku jatuh cinta lagi? Akhirnya aku akui hadirnya rindu dan cinta dihati ini buat kali kedua..Dan bahagia yang aku kecapi lebih bermakna..Cinta yang hadir cinta yang lebih berharga..sayang yang bercambah ini terlalu dalam ertinya..Dan rindu yang menyesak dada ini rindu yang sebenar..Akhirnya ku temui cinta yang sebenar..Terima kasih sayang kerna hadir dalam hati ini...Dan kerna sudi mencintai diri ini..Jangan sesekali melangkah pergi dari hati ini..aku tak sanggup kehilangan dirimu walau sedetik pun..aku terlalu mencintai kamu..dan aku akan terus mencintai kamu seumur hidup ku..

Bahagia ini antara cinta kau dan aku..sayang ini antara rindu kau dan aku..

MyDarling, thanks for everything...

Wednesday, October 7, 2009

tika ini..

Tika rintik hujan membasahi ruang itu, aku sepi seketika...
antara rindu dan sayu...
kala kaki melangkah meninggalkan jejak itu..
ku hitung satu persatu waktu yang bisa ku labuhkan..
agar ia itu terus berlalu tanpa ku sedar..
menanti satu tika yang pasti mengukir senyum dan sendu..
mengharap pelangi petang yang tiba..
mengiringi bahagia yang bercambah di jiwa..
melontar rindu yang menyesak dada..