Friday, January 1, 2010

dua jiwa...

tika senja itu ingin berlabuh
digigi air kaki melangkah
menyusuri pantai
meniti buih2 ombak

ku sambut tangan itu
melepas rindu yang membusung
renungan bertaut
mengukir senyum
hanya hati berbicara

senja itu juga
ku renung wajah itu
mencari cahaya bahagia
dan hanya senyuman menjawab segala

angin senja itu
menguak hati berbunga bahagia
menerjah ruang-ruang rindu
menggetar dua jiwa
menyesak dada
menahan gelora..

dan senja itu terus berlabuh
membawa dua hati
kegerbang cinta..

2 comments:

  1. indahnya bersama kekasih hati, seindah saat-saat terindah yg pernah aku kecapi semalam..yg sudah hilang hari ini.
    semoga bahagia,sahabat :)

    ReplyDelete
  2. vampire,
    terima kasih kerana sudi singgah di sini..membaca luahan cinta utk kekasih hati..salam perkenalan..semoga tidak jemu untuk singgah lagi..

    ReplyDelete